Friday, February 25, 2011

Kelebihan Solat Tahajjud

-Solat yang paling afdhol selepas solat-solat fardhu ialah solat tahajjud.

-Hadith :Jibril a.s. telah datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."

-Nabi s.a.w :"2 rakaat solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".

-Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.

-Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

-Memadamkan dosa dan menyihatkan badan


-Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ? maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."

-Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaat solat tahajjud.

-Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t

-Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa

-Juga ia merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang sedang terbuka.


Dipetik dari kitab asal تَنظِيمُ الأشتات dlm bahasa arab karangan
kumpulan pelajar puteri Jameea'h Maryam Siddiqah dan Jameea'h Fatimatuz
Zahra',Raiwind. Dan diterbitkan oleh Mufti Khalel Ahmad , Raiwind
,Pakistan.


di"copy" dari 




KAMI TETAP BERSATU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...