Friday, September 9, 2011

Bila ibu yang terOver~

Assalamualaikum.


bila ibu yang terOver , kenapa pilih kaum ibu?


"ayahnye..ada ke patut keluarga pihak lelaki nak datang tangan kosong aje...bla3"
"biarlah maknye..keluarga besan kita jugak tu",


nampak x? :malas nak explain panjang:


selalunya yang kita dengar keluarga pihak lelaki akan datang membawa cincin untuk pertunangan dan berkahwin tetapi sekarang lain sikit. apa yang lain? cincin yang 2 menjadi 4 ( couple,merisik,bertunang dan kahwin) *bagi yang couple tu,ade la. bagi yang x,maka x ada la.


saya sebutkan disini OVER kerana bakal partner (bakal isteri khususnya) langsung tiada apa-apa bantahan atau cadangan tetapi si ibu mengambil peluang. macam-macam diminta, kalah Puteri Gunung Ledang. jika zaman dahulu hanya cukup dengan kurma, dan seterusnya seberkas peralatan solat tetapi di zaman yang serba canggih ini, semua benda dinaikkan level.


"nak jual anak ke?",
"bakal menantu kedekut ke?",
"bakal menantu kerja biasa je, mana mampu",


ok "jual anak", biasanya akan menjadi bualan dibibir yang tercalit gincu ni jika pihak lelaki dikenakan wang hantaran yang tinggi. bagi pandangan saya sebagai lelaki, jika wang yang dikenakan itu berpatutan dengan apa yang pihak perempuan sediakan,itu tidak menjadi masalah. "wang tersebut dapat kepada pengantin / ibu bapa pengantin", hal ni saya x pasti tetapi jika dapat kepada ibu bapa pihak perempuan pun itu tidak menjadi masalah kerana banyak yang saya lihat wang hantaran tersebut juga dinantikan oleh pihak perempuan untuk membayar hutang kanopi,buffet,pelamin dan macam-macam. dan jika dapat kepada pengantin, itu juga tidak menjadi masalah kerana boleh dijadikan saving.




"bakal menantu kedekut ke?", nasib badan la dapat kedekut ke, pemurah ke. tapi selalunya lelaki bukan kedekut tapi rasa ingin tahu untuk apa duit tersebut akan digunakan atau apa-apa sahaja. lambat laun dia akan bagi juga (bukan wang hantaran), siapa x sayang bini~




sebagai orang tua, kena tengok juga level bakal menantu. bakal menantu tu kerja biasa je, gaji pun x sampai RM2 ribu (contoh). nak kahwin kena buat loan, beres hal kawin bulan-bulan bayar kat bank.  kalau isteri bekerja ok la sikit, kalau isteri x bekerja? ditambah pula mertua mintak macam-macam, isteri senyap je. siapa tahan? bagi isteri yang bekerja, dapat gaji tolong suami top-up sama ada duit barang dapur ke, bil-bil ke. lega la hati suami, tapi bila mertua tahu? suami juga diperli.




sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, x semua pasangan yang sehidup semati ni x beselisihan faham. bila bergaduh si isteri akan ke rumah kawan rapat untuk release tension ataupun balik ke rumah parents. si suami mungkin faham dan suami juga perlukan time-space untuk cool. tapi macam mana nak cool bila campur tangan orang lain mula wujud. selalunya ibu bapa akan pertahankan anak masing-masing. perlu ke? bagi saya x perlu. ya betul ibu bapa kenal anak mereka tetapi dalam soal hubungan dengan isteri seharusnya ibu bapa bukan menyebelahi dan menyalahi tetapi berkongsi pendapat dan pengalaman yang akan membuatkan si anak faham dengan lebih mendalam.


banyak lagi la bila nak bercakap soal ni. dari mula kenal hingga kahwin memang x boleh lari dari masalah ni. bagi menantu yang baran tu,banyakkan bersabar. bagi menantu yang terlampau pemurah,berpada-padalah. bagi menantu yang muka toye je,dah la sebab muka toye macam tu boleh buat mertua lagi berang.


cukup mak?


KAMI TETAP BERSATU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...