Tuesday, August 2, 2011

Aku juga perantau

Assalamualaikum!

Everybody hands up! Legs up! Nose up! 

Ape salah buat gerakan ringan lepas makan ni kan?So, mcm mana hari ke-2 puasa? *bajet caring maring tanya bagai.

Hari pertama puasa adik aku sudah mula merungut x tahan lapar kerana memandangkan tempoh puasa lama berbanding Malaysia.
Ok la sebelum aku teruskan menaip ni, aku bg la dulu info sedikit sebanyak pasal musim dan cerita. Mana tahu berguna jugak info ni kan...


  • Musim Luruh (Autumn or Fall): 01 / 09 - 30 / 11
Ok musim luruh, bila aku katakan luruh yg bermain di minda semua adalah? *daun yg luruh...
Yup!Dedaun yg luruh ala-ala romantik la kan bila duk jalan-jalan kat taman yg penuh dengan latar belakang dedaun macam tu. Bagi yg pencinta daun-daun ni elok sangat la datang musim ni,suhu masa ni pun bukan sejuk sangat. Kalau korang tu duduk dalam ofis/bilik, suhu air-cond pun korang buat suhu rendah je kan? So macam tu jelah rasanya. Kat Malaysia pun rasanya ada macam ni, yelah musim hujan. Bukan ke sejuk? So, apa yang kat Malaysia xde ni? Daylight-saving ada x? Tahu x "what the name of tiger" tu? Maksudnya waktu akan lambat (-) 1 jam. Best bagi student tapi x best bagi workers yg xde kerja macam aku. T__T


  • Musim Sejuk (Winter) : 1/12 - 28/02
Ok kita masuk chapter ni pulak. Apa pulak yang korang cuba bayangkan ni? *Salji ^__^
Yelah salji la kan ape lagi, tapi salji.. Hurm.. Nak main salji ke ape ni? Kalau nak main salji korang boleh la ke Durham. Korang buat la Snow Man ke ape ke xde yg nak marah, sekali korang lempar snow kat kepala orang, yg tu konfirm korang kena marah sebab apa korang ingat main lempar snow tu romantik? =P ... Durham juga berdekatan dengan Newcastle.. So boleh main salji kat sana sebab kalau "peminat salji" nak main salji di kota London, macam x best la kan. Nak jumpa salji setebal heels pun "jenuh" tambahan pulak kotor "sikit". =D ... So sambil main salji tu boleh la nak melawat kat kawasan sekitar. Siapa yg minat sangat dengan Harry Potter tu boleh terus ke Cathederal Church, tapi Potter xde la kan.. Ok kepada yg x minat sangat salji ni *sebab nak main je ice parut kat rumah , korang minat shopping? Yelah harga sini memang mahal sikit, nak murah kena pergi Indonesia la. Tapi bagi mereka disini atau foreign student, mereka akan save their money untuk sesuatu yg lebih perlu. Yeah shopping!!! Boxing Day akan berjalan selepas Christmas Day. Boxing not boxer! Masa ni, harga punya la turun so ramai la yang datang nak shopping. Diskaun sana sini, harga runtuh! So pandai-pandai la korang plan..


  • Musim Bunga (Spring) :01/03 - 31/05
Masa ni bunga-bunga cinta mula nak berkembang dan membuatkan mata jadi macam lollipop warna-warni. Bagi yg alergi bunga tu, konfirm lah duduk dalam rumah je kot.. Ok masa ni para student khususnya memang best lah sebab mereka ada cuti dikenali sebagai Easter Break, x lama lah, kejap je..Dalam 3 bulan =P ! Ok tadi aku cakap pasal daylight-saving kan? Yg tadi tu lewat 1 jam, tapi musim ni pula cepatkan 1 jam. Jangan konfius pulak yep! So bila musim bunga ni elok juga komposer dan penulis lirik datang melancong nak dapatkan idea, suhu sejuk sikit je tapi dah nak normal balik. Baru la Malaysian dapat menikmati lagu ala-ala lagu Misha Omar ; Bunga-bunga Cinta *kalau x silap.


  • Musim Panas (Summer) :01/06 - 31/08

Panasss.....! Haha ok, bagi Malaysia aku rasa kita boleh je survive. Kalau Eskimo tu aku kurang pasti~ Kalau masa study dulu masa Summer Break ni la nak balik Malaysia, sebabnya cuti. Ada kawan aku yg di Amerika rela kerja dan adik aku pulak xnak balik! Cehh~~ Bila kenangkan balik kenangan dulu, time jalan-jalan kat sekitar rumah , aku tengok la seorang pakcik tua ni. Pakai pagoda dan short je, aku pun terdengar dia kata "hye son", aku ingat dia panggil aku, aku pun tengok la dia. Dia pun ulang lagi, "hye son". Spontan aku pandang sekitar,aku pun bermonolog la.."dia ni panggil anak dia ka?", aku buat muka ketad dan dia pun tunjuk la kearah langit... owh.. "hye sun..", cehhh~ kalau dia datang Malaysia tiap-tiap hari la dia duk "hye.." tu kan? =/..
Ok sekarang berapa haribulan? 02/08/11 kan? Dan juga Ramadhan.. wah sukanya! So Ramadhan,berpuasa la kita..  (+ - * /) ada la dalam 15-16 jam macam tu la tempoh puasa. T__T... Dan adikku pula x biasa sebab waktu study pun pizza sekotak depan mata, habis pizza minta pula makanan lain.. What should i do? I do.. I do.. do.. do...do...  *fikir sejenak~
Summer break + worktour to Malaysia + one of Babah's wishes = we're back to Malaysia!!! Dan akan ke Singapore. Beres dah kan? Ye ke beres.. Bila worktour aku habis, perlu ke aku bawa balik adik ke UK? =/ dan sediakan telinga untuk menadah rungutannya???

Tu jelah yg aku nak kongsi pun.. Berbalik kepada tajuk "Aku juga perantau" tu, ada relate ke dengan aku menaip panjang-panjang ni?

Maasalamah wa ilalliqa'

KAMI TETAP BERSATU

2 comments:

missSenget said...

ada..

ada kaitan..

mode: jaga hati..

muahahaha..

azlanmatt said...

salam persahabatan dr sy... take care.. diperantauan ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...