Friday, July 22, 2011

Akan bersambungkan?

seakan semua perkara mula keluar sedikit demi sedikit dari segenap ruang di dalam kotak fikiran, saat itu juga jemari menari laju di papan kekunci, jemari yang kian faham dengan apa yang diinginkan oleh tuan punya badan dan seakan menurut sahaja kehendak dan kata hati. menaip tanpa peduli adakah maksud yang ingin disampaikan akan tersampai atau hanya orang akan melihat dan mengatakan "kau psiko". adakah hati peduli?adakah jiwa ambil tahu? itu hanyalah omongan kosong dari jiwa yang tidak bertuankan Tuhan, jiwa yang penuh dengan keseronokkan. aku disini bukan ingin menyebarkan ideologi mahupun meminta orang terus datang untuk mengaku sahabat. aku disini atas gerak hati,bukan meraih populariti.

jangan tanyakan apa maksud setiap bait kata...kerana aku pun tidak tahu apa-apa..

bersambung
KAMI TETAP BERSATU

Bismillah

kini diri aku berlari lagi,bagaikan berlari di satu kawasan tanah yang tiada penghujung.. tidak bertuan malah tidak tertanam satu pun benih. mencari hakikat sebenar hidup,mencari erti sebuah kehidupan dan mencari diri..ya..aku mencari Allah..Pencipta yang Maha Berkuasa yang tiada apa dapat menghalang-Nya untuk berbuat apa-apa..

saat diri asyik berkata "kenapa",saat hati mula curiga, saat mata meliar mencari kebenaran, saat jiwa berkobar mahukan kebenaran..saat aku jatuh di permukaan Bumi yang gersang tanpa ada sebarang punca mata air.. saat itu juga sejadah berterbangan di kaca mata kasar..seakan mengatakan bahawa "engkau manusia yang rugi".


bersambung......
KAMI TETAP BERSATU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...